Kami tertarik untuk mengenali salah seorang daripada 4 sifu FB Marketing di Malaysia iaitu Tuan Firdaus Azizi. Anda boleh rujuk artikel mengenai 4 Sifu yang diperkenalkan di blog Wang Cyber dengan KLIK link di bawah: 4 Guru “FB Marketing” Malaysia Yang Boleh Anda “Like&Follow” Siapa tuan Firdaus Azizi?Mengikut apa yang dikatakan beliau, 2010 adalah tahun dimana beliau mula bergelumang dengan perniagaan online di Facebook. Sejak bulan July 2014, beliau giat mengadakan kelas-kelas untuk membantu usahawan-usahawan online di Malaysia. Kebiasaannya kelas yang beliau adakan berfokuskan kepada pemasaran di Facebook dan juga pemasaran menggunakan Blog. Anda boleh baca perkongsian beliau di blog FirdausAzizi.my. Banyak ilmu-ilmu mengenai pemasaran Facebook yang beliau kongsikan di blog beliau. Nama saya Firdaus Azizi. Saya seorang yang sangat suka bermain dan mengkaji tentang Facebook Ads dan juga algorithm News Feed. Sejujurnya kami selalu mengikuti perkongsian beliau di blog. Segala update mengenai Facebook akan beliau sampaikan tanpa segan silu terutamnya mengenai penggunaan Power Editor. Jika anda menggunakan facebook ads dan mempunyai masalah untuk menggunakan Power Editor, beliau merupakan orang yang tepat untuk anda rujuk. Produk ?Selain aktif mengadakan kelas di seluruh Malaysia, ada dua produk yang beliau telah hasilkan. Kedua-duanya dalam bentuk video yang menunjukkan langkah demi langkah dan senang diikut. #1 – Video Panduan Cara Mulakan Bisnes Di Facebook Pakej video ini mengandungi 21 video dengan tempoh durasi selama 4 jam 26 minit dan terbahagi kepada 7 bahagian iaitu :
Pada pandangan kami, Pakej video ini adalah sesuai untuk anda yang baru ingin belajar mengenai perniagaan di facebook. Langkah-langkah asas yang di ajar mudah untuk difahami dan jika anda mempunyai masalah, boleh terus bertanya kepada beliau di Group Support FB. Maklumat lanjut mengenai Pakej Video ini, anda boleh rujuk di sini --> Pakej Video memulakan Bisnes Di Facebook Firdaus Azizi. Jika anda telah berkenalan dengan Facebook ads dan ingin mengoptimasikan pengiklanan anda dengan lebih advance menggunakan Power Editor? Pakej video kedua adalah untuk anda. #2 – ViPER - Video Power Editor Terbaik! Pakej ini mengandungi 8 video panduan yang mudah difahami dan sesuai untuk orang baru mahupun orang lama. Antara panduan video tersebut adalah : Maklumat lanjut mengenai Pakej Video Power Editor ini anda boleh rujuk di sini --> Pakej Video Power Editor Firdaus Azizi. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda semua :)
Baca juga Surat Terbuka Tuan Faisal Abdullah kepada bakal Usahawan.
4 Comments
zaim
10/19/2016 11:06:18 pm
Assalamualaikum..
Reply
10/20/2016 05:22:13 pm
Waalaikumsalam Tuan Zaim.
Reply
fadly
1/3/2017 11:18:32 pm
Assalamualaikum tuan Firdaus
Reply
Johan
1/5/2017 06:08:41 pm
Waalaikum salam tuan,
Reply
Leave a Reply. |
AuthorCara Bisnes Online berkongsi tips dan panduan asas mengenai perniagaan online. ArchivesCategories
All
|